Social Icons

19 Julai 2011

1001 khasiat DragonFruit A.K.A buah naga

dragonfruit..memang bentuknya sangat unik....buah pun unik....warna kemerah2han..isinya mempunyai 2 jenis kaler..ada yg putih..dan ada yg merah..fuhh! BELIUR  juga saya kali ni bt entry post pasal kesihatan pasal buah ni..FEBRET la katakan...:) bt jus pun sgt seddap...huh...pekena kaw2 dgn ais batu masa ni...mmg sedddap!Sape yg x kenal dragonfruit?jom saya bg tengok gambo skit..(preview ni la sebla kiri nihh)


Buah naga banyak khasiat taw..sumber yang saya baca dari zbintim.fotopages.com mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia. 



Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Buah ini mmberi tindak balas dalam merangsang otak untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.Disamping itu,ia juga boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.
 

Kesimpulannya..sebiji buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan). 




Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah...

vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
vitamin B2 (menambah selera)
vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan
vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

1 lagi fakta yang amat menakjubkan berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi  pada keseluruhan pokok. 

Apa yang uniknya mengenai buah ini....buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

 .Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor. 











Selain rasanya yang enak, ia juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.
Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.:)Sekian saja ilmu yang ingin saya kongsikan d sini..crdt info from

zbintim.fotopages.com....next kita update resepi jus buah naga okeeh:)



Kurung MOdeN lengan Puff Aidilfitri 2011

Selamat Tengahari anda semua.....kira kira tak smpai 2 minggu lagi kita nak sambut Bulan Ramadhan kan.....dan sebulan lepas tu kita sambut Syawal pula.....bestnyaaaaaa....:) tapi saya ada 1 soklan....korang semua dah bt persiapan raya ke? mcm potong baju raya, langsir,. n macam2 lagi....Okeh kali ni saya nak kongsikan sedikit artikel mengenai pilihan busana yang menjadi pilihan untuk raya 2011 nih.....




 
pic kredit to...Anggun Collection


Baju kurung moden lengan Puffy ( ala2 style potongan zaman dulu)...saya kate mcm tu sebab tgk betul2 bahu dia memang macam potongan baju zaman dulu...tak caye tgk gambo atas tu..perhati betoi...potongan bahu dia puffy kan...cantik sgt.....kalo korg nak beli bole direct link kat atas tuh...dia juai baju kurung yg semuanya sangat cantikk...n harga pun ok laa:) ada saiz juga disediakan...


Sekarang ni semua pun nak fesyen2 lengan puffy kan....tapi kalo dah cantik fesyen tu sape tak nak pakaiii..kan kan...okeh la next entry tunggu yeeeh....




18 Julai 2011

Sihat Dgn produk GoGEOUS.....




hye......bersama lagi kita dalam posting ari ni dgn post kesihatan yerk...erm dah tahu tak apa produk Go Geous tuh?..ada yg dah cuba ke?.... saya baru tertarik dgn iklan produk tu afta tgk edisi Nona untuk minggu lepas....Rasa tertarik la sgt nak ambik tahu pasal produk lalu saya GOOGLE la sekejap nak tahu apa khasiat produk tuh....


Sebenarnya saya pun belum try lagi produk ni tapi memandangkan saya baca testimoni org yg boleh dibaca melalui website tu,,,,fuh memang "cun" jugak la nak kekal sihat dgn produk ni...dan yang paling penting sekali produk ni boleh diambil oleh semua peringkat umur..(kanak2 tak yah la bagi)..kihkihk..

Apa yang saya tahu mengenai produk ni..produk ni adalah hasil dari penyelidikan selama bertahun2 dalam mengatasi masalah penuaan...Di samping itu juga ia membantu untuk merangsang dan mengekalkan sistem imun dalam badan kita..Dgn pertumbuhan sel2 yang baru ini akan menjadikan anda lebih muda di samping kekal sihat dan cergas bersama keluarga...( memangla semakin hari umur semakin tua...muka pun tua..tapi kalo dah ada jalan penyelesaiannya..kenapa tak nak cuba kan...siapa tak nak kekal sihat dan kekal nampak "maintain" je ...ceciter..hehehe)


Kandungan utama produk ni adalah dari sari kulit kayu pain...yang menurut hasil kajian ianya kerap digunakan dlm supplement untuk kesihatan jantung dan peredaran darah,,ia juga digunakan dalm merawat masalah hyper aktif,tekanan darah tinggi,radang dan sebagainya...Selain itu juga..produk ini juga mempunyai kandungan ekstrak biji anggur, L- Arginine, campuran pelbagai jenis buahan beri,kolagen dari ikan Rousselot, dan acai berry..kalo nak tgk lebih lanjut kene view web GOGEOUS la erk...






suka la teramat tgk produk ni sebab kaler dia merah...hehe..n yang paling penting ia dr ekstrak buah2 beri( i am a person yg suka dgn pelbagai jenis buah especially yg namanya beri hehe)..

Produk ni kira berbaloi juga..kalo bt bisnes pun i think untung la amaat...hrga setakat ni yang saya tau..


10 sachet= RM130
20 sachet= RM 250
1 kotak= RM320( tak tau lagi berapa sachet)



Kira sesape yang nak try tu bole la amb 10 sachet dulu kan..bial dah rasa oke..teruskan pengambilan beli sekotak pulak..:)

Ok la sekian entri kesihatan saya pada malam ni..sesape yang dah try produk ni plz bgtaw saya apa rasa produk ni eh..hehe.nak taw sedap ke tak...baru saya try huhuh......kalo saya pla yg try duluan nt saya update yer..:)








KoreAn Style HandBeg

Handbag...tas tangan,beg tangan...tidak kira apa sahaja sebutannya..semestinya handbag menjadi kegilaan wanita tidak mengenal usia samaada tua atau muda....handbag terdapat dalam pelbagai bentuk,harga, dan jenama yang berbeza-beza.....Ada juga sehingga mencecah puluhan ribu mengikut jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton,Prada,Coach, dan sebagainya...(itu pilihan org yang mampuu la sgt2 untuk memiliki)




Namun..minat seorang wanita pada handbeg bukanlah terletak pada harga...Ada yg minat kerana bentuk,ada yang minat kerana jenama dan terpulang kepada seseorang individu tu la..:)Menyentuh hal diskusi fesyen kita untuk kali ini di kalangan remaja kita adalah fesyen Korean Beg yang menjadi trend pada masa kini..bukan sahaja kerana harganya yang berbaloi tetapi keunikan dan ianya sgt memenuhi keinginan citarasa fashionista Malaysia pada masa kini...






saya pun minat juga dgn handbeg ni...lagi2 dgn korean fesyen yang menjadi kegilaan ramai...tak susah sebenarnya nak pilih handbeg..bagi saya cukup untuk simpan ruang letak hp,purse,alat2 make up,cukupla...kalo semua bende nak simpan kat handbeg akibatnya tak tahan lama laaa handbeg tu,,,


Nak jaga handbeg pula simple jeww..ikut style saya jangan gunakan 1 handbeg tu untuk satu jangka masa yang panjang...erm untuk yang banyak koleksi handbeg tu..cukup pki handbeg untuk 3 -4 hari then tukar beg lain pla..(tapi kalo saya kot2 kene hangbeg febret fuhh beminggu 2 la juga kene pakai):)
Ini untuk menjaga material handbeg supaya tidak rosak dan kekal tahan..kene pandai jaga juga taw..simpan la hangbeg korang tu di tempat yg elok elok skit supaya tak rosak..


Kalo nak padankan handbeg ni senang jew dgn pemakaian seharian anda...ikut suka korang nak lantak pki handbeg ape kaler sekalipon tapi bila dah pilih kaler handbeg tu..matchkan dgn warna kasut anda example  bila anda pilih kaler putih..maka kasut kene match la juga kalo bole kaler putih:)..(saya suggest fesyen saya) hehehe..


Tapi bagi saya....ikut suka ati apa yg padan dgn korang la keh..saya cuma suggest je n bgtaw ape yg menjadi trend org masa kini..:) So selamat membeli handbeg dan menjaga handbeg anda yee..:)









 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my