Social Icons

28 Jun 2011

KOPI untuk KECANTIKAN..

Kata org tua2 pada zaman dahulu.."minum kopi memberikan rangsangan daya ingatan yg lemah"..sehinggakan ada yg tidak berani untuk menjamah hidangan kopi kerana takut akan memberikan rangsangan kepada daya ingatan yang lemah..

Siapa yang mahu ketinggalan untuk menikmati hidangan secawan kopi yang enak pada masa kini..kerana kopi terbukti  sgt berkhasiat untuk kesihatan kita..Tidak hairanlah ramai yang sanggup menghabiskan masa bersembang dgn rakan2 di kedai2 kopi sambil melayari internet tidak kira kedai kopi biasa ataupun tempat2 ekslusif seperti Starbucks, CoffeeBean, San Francisco dan sebagainya...(yg paling saya minat OLD TOWN LErrr...)




Kali ni saya akan kongsikan 9 khasiat KOPI untuk kesihatan kita:)

1. Mampu mengangkat sel kulit mati sehingga mampu memperbaiki kulit yang rosak.

2. Dapat meneutralkan kulit yang sensiif sekaligus memberi nutrisi pada kulit.


3. Boleh menghilangkan bau badan.


4. Mampu memberikan sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.


5. Mampu menghilangkan bekas jerawat,menutup liang pori2, dan cela..


6. Boleh menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.


7. Dapat melancarkan perjalanan darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit.


8. Berfungsi sebagai pelindung kerana kandungan pH-nya sama dengan kulit kita (4,5) sehingga mampu mengurangi dan menghilangkan jerawat ataupun noda di kulit.


9. Memberi perlindungan terhadap sinar UVA atau UVB.








LELAKI DAN KESIHATAN BATIN

Kali ni kita bersama dalam petua ataupun tips kesihatan yg perlu LELAKI tahu...bukan sahaja perempuan yg ingin menjaga kesihatan,...LELAKI juga tidak  jauh cerewtnya dalam menjaga kesihatan mereka samada dari segi zahir dan batin..ehem2...


Tapi kali ni petua yang akan dikongsikan jauh kepada petua untk menjaga kesihatan batin lelaki....bagi yg ingin mendapatkan "pulangan" yg lumayan...maka anda hendaklah amalkan tips2 yg bakal saya kongsikan ini....







Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.

Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran.

Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimalebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Kurangkan dari memakan pisang Embun.

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.





27 Jun 2011

mengenal pasti kulit anda

anatomi skin
         KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK


Apakah itu struktur kulit?
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.

  • Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
  • Lapisan ke dua dipanggil dermis
    • Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
    • Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
    • Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
  • Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues

Apakah fungsi kulit?
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:

  • Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
  • Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan
Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:

  • Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
    • Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
    • Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
  • Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
  • Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

Apakah kulit yang cantik?
                                                                            Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:
  • Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
  • Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.


Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
  • Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
  • Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
  • Menyekat pertumbuhan bakteria
Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:

 
  • Membersihkan kulit dengan 
    • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
    • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
    • Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
    • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
    • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi
    • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
    • Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
    • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelemba
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari
    • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
    • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
  • Bersenam
    • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
  • Amalkan memakan makanan
    • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
    • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
  • Tidak merokok
    • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
    • Boleh menyebabkan kanser
       Banyakan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit 

sumber dari:  www.infosihat.gov.my


24 Jun 2011

KhasiAt SaranG Burung Walit...

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.


Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.


Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.


walit07 walit06i walit05



















Sumber:




mAyBElline HypershaRp Liner!



Baru baru ni Maybelline telah melancarkan produk baru iaitu Maybelline Hyper Sharp Liner yg boleh didapati d mana drug store dgn harga yg amatlaaaaah berpatutan RM23.80.

Lalu saya pun  telah mencoba sendiri produk tersebut and wowww!sgt la teruja n saya sgt kagum dgn produk yg dihasilkan oleh Maybelline pada kali ini.

Hyper Sharp Liner mempunyai hujung paling halus sehingga 0.05 milimeter. Bukan seperi eye liner yang cecair, Hyper Sharp Liner ini tahan lama dan mudah dicuci. Selain itu, Hyper Sharp Liner akan merubah mata yang kuyu menjadi ceria...mata yg kecik jadi besar...


Eyeliner  kali ni memang sgt mudah dipakai n saya sendiri pun pakai tak smpi 1 minit tau.So kepada peminat make up d luar sna...com n grab it!Saya jamin anda mesti puas hati....


HAri ni saya nak kongsi TIPS PEMAKAIAN CELAK;


Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menopang siku di meja.
       
Tarik garis pada garis kelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata pada bahagian luar. Ini supaya memudahkan anda memakai celak sehingga ke bahagian bulu mata.

Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah.

Untuk mata besar gunakan celak mulai daripada kelopak mata bahagian tengah dan sekiranya anda memiliki mata yang kecil, gunakan celak daripada hujung dalam mata.

Untuk penggunaan celak buka mulut anda sedikit ketika memakai celak supaya otot-otot mata kelihatan bagi memudahkan anda memakainya.


update! this is my eyes when whore d eyeline..



20 Jun 2011

Pemilihan Warna Pakaian..

 Okey Gadis:) kali ni saya kembali dgn cara untuk memilih warna pakaian apabila anda ingin keluar rumah samaada bersantai dgn kengkawan, date atau sebagainya...semoganya tips yg bakal saya berikan ini dapat membantu anda dlm memilih warna pakaian untuk digayakan mengikut kesesuaian ye....

 Jangan menggunakan pakaian lebih dari 3 warna.,kalo anda ingin nampak sgt macam "clown" anda boleh cuba...tp nasihat saya,jika anda tidak yakin dgn pemilihan warna pemakaian lebih dr 3 warna ini..anda disarankan jngan mencobanya... ini merupakan peraturan yang paling penting.


             Kenakan warna yang tepat dengan kulit Anda. Jika kulit Anda berwarna gelap, kenakan warna – warna cerah seperti putih, crea, atau baby blue. Untuk kulit berwarna putih, pilihan warna yang dapat di gunakan lebih banyak. Anda boleh mengenakan warna yang lembut atau pastel

Jangan mengenakan celana dengan warna terang. Seperti warna merah, kuning atau orange. Kenakan warna-warna netral atau gelap. Hindarkan juga memadukan warna abu-abu dengan warna terang seperti kuning.


Sesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal. Sedangkan warna terang untuk acara yg kurang formal.

Kenakan tali pinggang dengan warna yang sama dengan kasut,heels anda. Jika sepatu Anda berwarna hitam, kenakan juga ikat pinggang warna hitam.
Jadi sebelum Anda keluar rumah dan ingin tampil menarik, perhatikan dulu tips pemilihan warna pakaian di atas.


14 Jun 2011

Etika Pemilihan Kasut...

 
Waktu paling baik untuk membeli kasut adalah waktu petang kerana pada waktu ini kaki anda mengembang dan sesuai untuk memilih kasut berdasarkan kaki anda. 

Semasa memilih kasut itu, pastikan kasut itu benar-benar muat dan selesa dengan kaki anda. Sebab bila terlalu lama dipakai, kasut itu akan mengembang dan akan rasa lebih selesa.  


Bagi yang suka membeli High heel, pastikan ia tidak melebihi 2cm. (rendah juga kan).tapi kalo anda rasa anda mampu pakai lagi tinggi...just pakai watever u want asal anda selesa:)


 Bila kasut kotor, cuci menggunakan berus yang lembut agar permukaan kasut tidak rosak. Ataupun lap dengan kain basah pun cukup. Sebab kalau kena air sangat nanti takut kasut mudah tercabut. Dan biarkan ia kering sendiri. Tidak perlu guna hair dryer atau alat pengering lain... 


 
Simpan kasut anda di tempat yang tidak direct kena sinaran matahari. Lagi-lagi kasut kulit. Nanti dia jadi lembik dan mudah rosak. Kasut lain pun begitu juga. 

Simpan kasut anda di ruang yang mempunyai peredaran udara yang baik. Terutamanya kasut sukan. Dan stokin jangan letak bersama dengan kasut. 


Rajin-rajinlah polish kasut anda ya bagi yang perlu di polish lah.Lagi lagi kalo kasut kulit...kalo anda ingin tampak berpenampilan menarik...so kasut pun kene menarik jugaklaaah:)

Pandai2lah tukar2 kasut anda ya. Jangan pakai setiap hari kasut yang sama. Nanti cepat rosak.




TIPS PENJAGAAN WAJAH

 wajah yg licin mulus dan berseri adalah idaman stiap wanita....oleh itu..topik kali ini adalah tentang cara atau tips penjagaan wajah agar sentiasa kelihatan berseri dan cantik....berikut adalah tipsnya..

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar
 # Kulit Normal

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Mereka yang mempunyai kulit seperti ini disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

# Kulit Kering

Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.


# Kulit Berminyak
 Mereka yg berkulit seperti ini sebenarnya tidak memerlukan pelembap. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. cuba pilih krim bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.


2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar 
# Persediaan Kulit Wajah
 Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.


#. Cerahkan Wajah
 PERLU DIINGATKAN bahawa yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

#. Periksa Cela-cela Pada Wajah

‘Concealer’  adalah bahan yang sesuai untuk proses ini.Ia berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelum menggunakan alas bedak.

#. Pilih Bedak Yang Tepat

Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

 
# Bermain Warna

Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

 
# Awas minyak!
 Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.

3) Buat Si Kulit Kering

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis tersebut.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.


Sekian entri blog untuk hari ini..........semoga tips di atas memberikan manfaat kepada anda d luar sana.....


13 Jun 2011

Tips Kecantikan Duta SimplySiti...Dato' Siti Nurhaliza..



Melihatkan wajah  dan kecantikan sesempurna penyanyi tersohor Tanah air kita Dato' Siti...pasti kita juga ingin kelihatan cantik sepertinya  bukan....pastinya kita juga termimpi2 untuk memiliki kulit dan tubuh secantik Dato' Siti...walaupun menjadi duta kepada produk kecantikan yg semakin mendapat tempat di Malaysia...SimplySiti..beliau juga tidak menolak bahawa penjagaan kecantikan secara tradisional warisan dahulu juga tidak dilupakan....baginya penjagaan kecantikan secara tradisional itu menjanjikan pengalaman dan pulangan yang luar biasa...

Disini...saya ingin berkongsi artikel yg beliau sendiri kongsikan bagaimana mendapatkan kulit sihat dan cantik sepertinya..



Tips Pertama:

untuk mendapatkan kulit licin, 
ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. 
Kemudian,sapukan pada muka sebelum tidur.... 

P/s; esok pagi jangan lupa cuci pulaak...kang ada yg menjerit ingtkan hantu kak limah mana baru terjaga...:)
 Tips kedua:

Begitu juga dengan penjagaan kulit, Siti gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur. Selepas itu,sapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu adalah tips untuk mendapatkan kulit yang licin dan bersih...


 Tips Ketiga:


Bagi yang mengalami masalah kulit yang kering dan bersisik pula.... beliau mengesyorkan sera mengamalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu,sapukan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insya-Allah kulit tidak akan bermasalah lagi....




12 Jun 2011

DefinisI kecanTIkan

CANTIK! sgt sinonim dgn wanita...chantek@beauty@canteq...berbeza dgn ejaan tetapi sama dlm erti kata maksudnya....cantik dr luar sahaja tidak mencukupi andainya tidak cantik dr segi dalamannya....Wanita sgt2 menjaga kecantikannya kerana itu adalah aset mereka yg sangat terpenting kerana kecantikan itulah yg menunjukkan betapa indahnya ciptaan ALLAH SWT......cantik dr segi wajah,penampilan,hati,dan segala2nya adalah sgt penting bg setiap wanita...

Saya juga tidak ketinggalan untuk sentiasa kelihatan cantik.....Oleh itu penulisan dlm blog ini adalah untuk berkongsi dgnanda tentang bagaimana saya ingin kelihatan cantik dan sihat sepanjang kehidupan saya......


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my