Social Icons

14 Jun 2011

Etika Pemilihan Kasut...

 
Waktu paling baik untuk membeli kasut adalah waktu petang kerana pada waktu ini kaki anda mengembang dan sesuai untuk memilih kasut berdasarkan kaki anda. 

Semasa memilih kasut itu, pastikan kasut itu benar-benar muat dan selesa dengan kaki anda. Sebab bila terlalu lama dipakai, kasut itu akan mengembang dan akan rasa lebih selesa.  


Bagi yang suka membeli High heel, pastikan ia tidak melebihi 2cm. (rendah juga kan).tapi kalo anda rasa anda mampu pakai lagi tinggi...just pakai watever u want asal anda selesa:)


 Bila kasut kotor, cuci menggunakan berus yang lembut agar permukaan kasut tidak rosak. Ataupun lap dengan kain basah pun cukup. Sebab kalau kena air sangat nanti takut kasut mudah tercabut. Dan biarkan ia kering sendiri. Tidak perlu guna hair dryer atau alat pengering lain... 


 
Simpan kasut anda di tempat yang tidak direct kena sinaran matahari. Lagi-lagi kasut kulit. Nanti dia jadi lembik dan mudah rosak. Kasut lain pun begitu juga. 

Simpan kasut anda di ruang yang mempunyai peredaran udara yang baik. Terutamanya kasut sukan. Dan stokin jangan letak bersama dengan kasut. 


Rajin-rajinlah polish kasut anda ya bagi yang perlu di polish lah.Lagi lagi kalo kasut kulit...kalo anda ingin tampak berpenampilan menarik...so kasut pun kene menarik jugaklaaah:)

Pandai2lah tukar2 kasut anda ya. Jangan pakai setiap hari kasut yang sama. Nanti cepat rosak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my