Social Icons

11 Julai 2011

Alahai Fesyen JumpSuit...






Baru2 ni saya telah menonton WANITA HARI INI  yang telah mengupas tentang fesyen JUMPSUIT yg menjadi trend di kalangan wanita zaman moden masa kini...

Wanita muslimah juga boleh menggayyakan fesyen seperti ni...siapa kata muslimah tidak boleh bergaya..fesyen jumpsuit ni sebenarnya diperkenalkan dan telah telah diinspirasikan sendiri oleh Yuna & Hana Tajima yg kini sedang menjadi ikon dan apa sahaja fesyen mereka akan menjadi trend ikutan muslimah bertudung taw!:)..




Tetapi..bergaya pun ada kene pada tempatnya...bagi saya..fesyen ni sesuai untuk wanita yg mempunyai ketinggian 5"5 ke atas, mempunyai susuk badan yg kurus dan yg paling penting..yakin dgn penampilan diri serta ranggi..:) itu pendapat saya la...tapi fesyen tak mengira semua tu...asalkan anda suka dan ingin mencuba....try saje....kalo sedap mata memandang poonn ok la tu..

..Bagi yang kurang tinggi tu juga boleh menggayakan fesyen ni sebenarnya..tapi kene pndai sesuaikan la...mksud saya pakailah high heels untuk dipadankan dgn baju ni...pandai2 la modify penampilan kaan...

Dari mane dtg asal usul c JUMPSUIT ni...trend ni sebenarnya dah lama wujud..tetapi ia telah di ubah suai sesuai dgn peredaran jenis fesyen kita pada masa kini supaya ianya sedap mata memandang dan boleh dijadikan busana untuk wanita yang ingin tampil bergaya dan up to date ..
Ia juga dipadankan  untuk muslimah yg bertudung,,,kalo tak caye jumpsuit ni dah lama wujud..cube tgk pakaian ANGKASAWAN kite..


 kan betul...baby pun pakai jumpsuit taw A.K.A carter atau rompers:)..Bila tgk mana2 majalah atau laman2 sosial yg len..sumanya pun sibuk menguar2kan fesyen jumpsuit ni...ada dtg nye pulak dr korea n macam2 lagi....Tapi bg si muslimah yg bertudung...kene pandai n pilih fesyen jumpsuit yg sesuai erk....sesuai dgn imej kita yg bertudung n sopan..saya sarankan jumpsuit ni digayakan dgn cardigan n accessories yg len seperti rantai panjang...dan sebagainya..fuuhhh! sgt voke:)




Sgt cun kan:) .....Pada muslimah n wanita d luar sana...jgn ketinggalan untuk cuba fesyen ni taw!..Yela..kita muslimah pun fesyen tu tetap ingin di cuba  juga..tapi tak salah kalo kita bergaya sesuai pada tempatnya kan..:) kan kan..:).. pada saya..erm..rasanya saya pun kene cuba fesyen ni juga....tapi kene tgk susuk tubuh yg sesuai lah erk..heheh..tinggi saya dah cukup..tapi bentuk tu ehem2 alahai kene tunggu kurus balik la jawabnya....al maklum la org tgh berisi....okey..next Update..kita tgk n ikuti perkembangan dari segi kesihatan! nak tau pasal ape...feel free to stay update ..;:))





 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my