KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK
Apakah itu struktur kulit?
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.
- Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
- Lapisan ke dua dipanggil dermis
- Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
- Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
- Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
- Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues
Apakah fungsi kulit?
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:
- Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
- Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
- Mengawal suhu badan melalui perpeluhan
Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:
- Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
- Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
- Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
- Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
- Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan
Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak. |
Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH
- Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
- Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
- Menyekat pertumbuhan bakteria
Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:
- Membersihkan kulit dengan
- Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
- Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
- Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
- Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
- Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
- Gunakan pelembap selepas mandi
- Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
- Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelemba
- Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
- Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
- Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
- Lindungi kulit daripada cahaya matahari
- Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
- Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
- Bersenam
- Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
- Amalkan memakan makanan
- Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
- Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
- Tidak merokok
- Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
- Boleh menyebabkan kanser
sumber dari: www.infosihat.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan