Social Icons

19 Julai 2011

1001 khasiat DragonFruit A.K.A buah naga

dragonfruit..memang bentuknya sangat unik....buah pun unik....warna kemerah2han..isinya mempunyai 2 jenis kaler..ada yg putih..dan ada yg merah..fuhh! BELIUR  juga saya kali ni bt entry post pasal kesihatan pasal buah ni..FEBRET la katakan...:) bt jus pun sgt seddap...huh...pekena kaw2 dgn ais batu masa ni...mmg sedddap!Sape yg x kenal dragonfruit?jom saya bg tengok gambo skit..(preview ni la sebla kiri nihh)


Buah naga banyak khasiat taw..sumber yang saya baca dari zbintim.fotopages.com mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia. 



Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Buah ini mmberi tindak balas dalam merangsang otak untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.Disamping itu,ia juga boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.
 

Kesimpulannya..sebiji buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan). 




Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah...

vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
vitamin B2 (menambah selera)
vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan
vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

1 lagi fakta yang amat menakjubkan berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi  pada keseluruhan pokok. 

Apa yang uniknya mengenai buah ini....buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

 .Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan.pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor. 











Selain rasanya yang enak, ia juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.
Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.:)Sekian saja ilmu yang ingin saya kongsikan d sini..crdt info from

zbintim.fotopages.com....next kita update resepi jus buah naga okeeh:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my