Social Icons

10 Ogos 2011

Roselle dan seribu Khasiatnya..

Hai selamat pagii! dah dua hari x update blog..bt masa ni saya jarang sikit nak update sebab kene banyak rehat...n tgh menghitung hari nak deliver baby:) pembaca blog ni sume tolong doakan saya n baby supaya semuanya lancar n selamat keyh!..:)Okeh hari ni saya nak bincang sikit pasal buah roselle....u all tau tak apa tu buah roselle...buah ni dikatakan sangat berkhasiat dr daun ke buahnya ke akarnya ke pokoknya ( maka saya tgh memandai)..tp seriously yg saya tahu buah ni lebih berkhasiat 2 x ganda dari ribena? blackcurrant taw..:P






Okeh hari ni kita kupas selanjutnya apa tu buah Roselle yew...

Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Kaliks bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Khasiat Roselle :


  • 1. Meningkatkan daya tahan tubuh
  • 2. Mengatasi hipertensi dan mengawal kolestrol
  • 3. Anti-infection bakteria
  • 4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
  • 5. Mencegah keradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
  • 6. Mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh

  • Vitamin C : 2 kali ganda lebih TINGGI berbanding Blackcurrent, 9 kali ganda lebih tinggi berbanding Citrus, 3 kali ganda lebih tinggi berbanding Anggur.


Ramai orang mengenali roselle sejak diperkenalkan menjadi jus. Hampir keseluruhan bahagian pokok ini boleh digunakan dan dieksploitasikan menjadi bahan makanan manusia juga ternakan.Pucuk roselle ini dijadikan sebagai ulam boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Rasanya agak masam. Keseluruhan pokok ini boleh dijadikan makanan ternakan terutama lembu untuk mengelakkan daripada Foot & Mouth Diesease (FMD). Bijinya juga boleh digoreng untuk dijadikan kopi roselle.

Bunganya dikatakan boleh memberikan tambahan tenaga yang cepat. Ada kajian yang telah dijalankan oleh institusi akademik telah menemui ada bahan yang dapat memberikan kesan yang sama seperti Viagra khas untuk tenaga dalaman lelaki. Amalkan makan 2 kuntum bunga (warna pink) yang baru nak mekar, 2 kali seminggu.


Disini saya kongsikan sekali tips nak buat kordial roselle ni...korang petik je buah roselle tu then bersihkan..then rebus buah roselle tu smpaaaila air rebusan menjadi kemerah2han...then masukkan gula secukupnya smpai jadi pekat...sejukkan air rebusan td tu then simpan dalm bekas...bila nak minum..tambah je dgn air...kalo kurg taw telebih gula pun..pndai2 korg la adjust yeek...bagus roselle ni d buat minuman amalan harian...untuk kesihatan badan juga:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my