Social Icons

4 Ogos 2011

Madu Oh Madu..

Assalamualaikum wbt...hai sume...tak kelambatan untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al mubarak yg baru sahaja menjelma ni dan masuk hari keempat daaaa kita berpuasa kaan..:P Dah lama tak update blog..bukan ape.saya bz dgn hal n urusan yang perlu saya selesaikan beberapa minggu ni...huhu:) Tapi hari ni alhamdulilah terdetik hati untuk update blog ni again khas untuk korang sume..:) N tajuk entry kali ni MADU..OPsss! bukan madu ape yer....madu makanan..:) A.K.A madu lebah...:) @ honey yer......no no no saya takkan sesekali kupas hal atau isu sensitif mengenai madu yang lain hehehe...Okeh hari ni saya akn kongsikan anda sedikit info kesihatan mengenai kelebihan memakan atau meminum madu lebah..:)


Zaman sekarang ni kita senang je nak cari madu...kalo dulu2 kene jugak cari sarang lebah n mengharungi segala sengat2 lebah tersebut untuk mendapatkan madu yang asli ....skrg ni erm senang jew nak cari..n harga pun fuhh! ada yg smpi beratus2 untuk 1 botol taw....macam2 jenis maduterdapat d pasaran..ada madu biase,madu tualang,madu bunga kopi n sebagainyerr....Tapi khasiat madu2 ni tetap sama dan membawa seribu satu khasiat kepada badan kita....


MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
  • 1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • 2. Memulihkan sel-sel urat besar.
  • 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • 4. Merangsang tenaga batin.
 MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
  • 1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
  • 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
  • 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
 BAYI/KANAK-KANAK:
  • a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
  • b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
  • c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
  • d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.  
REMAJA: Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

 WANITA:
  • a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
  • b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
LELAKI:
  • a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
  • b) Menguatkan tenaga batin.
 PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
  • Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
 UNTUK SEMUA:
  • a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
  • b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
  • c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
  • d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  • e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
  • f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  • g) Memulihkan batuk dan lelah.
  • h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
  • i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  • j) Baik untuk perempuan bersalin.
  • k) Membantu/menerangkan pemandangan.
 IBU MENGANDUNG
  • 1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
  • dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
  • 2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
  • kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
 ANAK DALAM KANDUNGAN
  • 1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
  • madu dapat membunuh kuman-kuman.
  • 2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
  • menguatkan janin.
  • 3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
  • kuasa dalam madu asli.
  • 4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  • 5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
 BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
  • 1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
  • mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
  • bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
  • 2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
  • perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
  • 3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
  • 4. Mengelak dari kembung perut bayi.
 BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
  • 1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
  • 2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
  • a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
  • dan luka terlindung dari kuman.
  • b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
  • lain-lain.
  • c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
  • d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

  • a) Makan bersama roti / biskut.
  • b) Bahan membuat kuih / kek.
  • c) Goreng atau panggang ayam.
  • Perhatian:
    Jangan disimpan dalam peti sejuk.
    elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
    elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
    jauhkan dari litar elektrik.
    kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
    jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my