Social Icons

12 Julai 2011

Tips Pemakanan Sihat Ramadhan Al Mubarak:)

fuhh..sedar tak sedar tak smpi sebulan lagi suma umat islam akan menyambut bulan Ramadhan yg Mulia kan...saya pun sgt teruja untuk sambut Bulan Ramadhan ni sebab mesti ada gerai2 yang banyak jual makanan yang bermacam2 di samping kita juga hendaknya banyak mengamalkan amalan2 kebajikan dan mengerjakan semua amalan2 yang banyak mendatangkan pahala kerana Ramadhan kan banyak kebaikannya..:)




Tapi bila dah berpuasa tu kenalah control nafsu makan juga dan beringat2 lah juga untuk menjaga kesihatan kita:)hehehe..kali ni saya bawakan tips untuk pemakanan ketika ramadhan:)


Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
  • Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.
  • Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).
  • Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.
Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my