Social Icons

14 Julai 2011

peMakaiaN Lip Liner Dan Lipstik

Selamat sejahtera semuanya...ok kali ni saya bawakan anda di luar sana cara atau tips memakai lipstik dan lip liner untuk si pencinta make up atau pada mereka yang baru hendak mula berjinak jinak dgn make up nih:)

Sudah sememangnya lumrah dalam kehidupan lipstik tidak dapat dipisahkan dgn kaum hawa...walau bagaimanapun,..tidak semua wanita tahu bagaimana cara untuk mengoles lipstik atau lip liner dgn mudah dan betul...

1. Lipstik

Untuk membuatkan lipstik tahan lebih lama dan tidak mudah luntur, sapukan sedikit foundation pada bibir sebelum mengoleskan lipstik pada bibir anda. Gunakan lipstik yang mengandungi pelembab jika Anda memiliki bibir kering.
Oleskan lipstik bermula dari bahagian tengah bibir, gunakan kaedah yang sama pada bibir atas mahupun bahagian bibir bawah, ratakan warna ke arah sudut. Oleskan lagi agar lipstik tahan lama...





2. Lip Liner

Lip liner sudah semestinya menjadi pelengkap lipstik. Lip liner harus digunakan terlebih dahulu sebelum lipstik.
Hindari memilih lip liner yang lebih gelap dari warna lipstik. Jika lipstik pudar dan liner tidak, maka hanya akan terlihat sebuah garis outline pada tepi bibir yang tentu akan merosakkan penampilan. Pilih lip liner dengan warna neutral atau warna yang senada dengan lipstik.
Gunakan lip liner mulai dari bahagian tengah bibir atas, kemudian tarik garis ke setiap sudut luar, mengikuti tepi garis bibir. Ulangi hal yang sama untuk bibir bahagian bawah.
Jika ingin menajamkan pensil bibir, sejukkan terlebih dulu di peti sejuk selama beberapa minit agar lebih mudah ditajamkan...

Sekian saja untuk tips kali ini, moga kita jumpa lagi untuk kongsi tips-tips kecantikan yang lain. Salam 1 Ma.laysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my