Social Icons

17 Julai 2011

Perfume oh perfume...




Perfume atau wangian..siapa yang tidak suka dgn wangian...tidak lengkap bagi seseorang wanita mahupun lelaki keluar ke mana2 tanpa wangian...perfume ni didatangkan dengan bermacam2 jenis bau yg menarik..antaranya floral,dan sebagainya...

Hari ini saya ingin berkongsikan tips2 untuk memilih perfume..haaa....semua benda dlm dunia ni memerlukan tips taw...nak berjaya ada tipsnya...nak cantik ada tips nya...dan semuanyalaaah kene ada tipsnya..hehe...



   ~ Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).


~ Eau de Parfum(EDP)  lebih bertahan lama berbanding Eau 
 
de Toilette (EDT).


 
 
 
~ Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas
 
anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas 
 
atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan. 


 
 
 
~ Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar
 
meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.



 
 
~. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian 
 
nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.



 
 
 
~. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama 
 
kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia. 

~. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau 
 
haruman dan mencuba haruman lain. 



 
 
~. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan 
 
sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau
 
haruman mampu bertahan empat jam. 



~. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli 
 
minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai
 
haruman mengikut cita rasa. 



~. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual 
 
untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu 
 
produk.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my