Social Icons

20 Julai 2011

Kanta Mata @ Lense..BERGAYA ATAU MENCARI BAHAYA??






Entry kali ni aq share based dgn pengalaman aq la erk...tgh aq jeles nak pakai lense mata nih..aq teringat pulak masa aq tgh pakai lense...x smpai sebulan pon lense tu(korea lense)aq dah tak ingt ape brand tapi tutup botol tuh kaler pink....aq mmg sangat la amt jaga lense aq dgn baik..then tak taw apa dah jadik ngan lense aqtuh... tb2 aq pakai je mata aq kene irritation( mata gatal,merah2 n berair) ..aq takut la sgt jadi buta...huh..then aq bukak trus..akibatnya...bengkakla  mata aq selama sebulan...:(( padan muka aq)..lepas ni aq takut dah nak beli yang tak ori punya kanta lekap..huh!pikir 100 kali nak begaya dgn kanta lekap dah...



Sebenarnya murah dan mahal bergantung kepada pilihan pengguna tetapi pada akta yang sebetulnya kanta sentuh ini hanya boleh di priskripsi atas nasihat Doktor dan Optometris. Pernahkah pengguna yang di luar sana melakukan pemeriksaan kesihatan mata samada, mata anda sesuai pakai kanta sentuh yang macamana. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak sesuai dan tidak di galakkan memakai kanta sentuh, terutamanya mereka yang memakai kanta sentuh melebihi had masa dan melebihi tempoh penggunaan kanta sentuh, contohnya kanta sentuh biasa di nasihatkat pemakaiannya 8 jam sahaja tetapi ia memakai selama 12 jam ataupun kanta sentuh tersebut untuk sebulan sahaja tetapi ia memakai selama 3 bulan. 

 

Lense atau dikenali dgn kanta lekap atau byk la panggilan lain ( contact lense ke hape nta betul ke ejaan aq nih) ..adalah suatu benda yang dilekapkan pada lapisan epitelium kornea mata...Kalo dahulu org yg cipta kanta mata ni sebenarnya untuk kemudahan seseorang yang menghadapi kepayahan dlm aktiviti harian dlm pemakain spek mata @ kaca mata @ glasses kan..example takkan sorg ahli sukan tu nak kene pki kaca mata masa besukan..kan kan..so terciptanya la kanta lekap ni untuk kemudahan dorg2 nih..tak la untuk ahli sukan jew..:)





Oleh kerana zaman dah makin moden jadi tercipta la pula kanta lekap pelbagai warna sebagai alat untuk berfesyen2...untuk nampak cantik, dan sebagainya....Lagi2 ada pula tercipta skali ngan degree.(untuk rabun jauh n dekat)..haaah! apa lagi yg rabun pown boleh bergaya la juga....kan ada degree....



Sekarang dah banyak mcm brand lense..ada dr korea la,n brand yang saya slalu gunakan tu jenama blincon( ups betul ke ni)..n yg paling aq suka pakai tu mmg la dari korea punya..hyperblack..sebab bentuk lense ni diameter 16mm..jadi boleh buat mata aq nih nampak la besar..:) ala barbie la konon..(perasan kejap)..

ni aq pakai korean lense tu..cantik la amat kan....mata okeeh..kira besaq la..    




Sebenarnya pemakaian kanta lekap ni memangla buat kita nampak bergaya..tapi kita terdedah dgn banyak risiko jika tidak betul cara pemakaian nya oke..Antaranya adalah gangguan iritasi mata (kegatalan) 
disebabkan jangkitan pada mata..Malah ada yang mengalami kebutaan disebabkan infeksi tersebut..( Optometris Menara Optometry centre)..Menurut beliau..si pemakai haruslah mendisiplinkan dirinagar aspek kebersihan mata, tangan dan udara di sekeliling benar2 terjaga..Kata belaiu juga..sebahagian besar punca bakteria masuk ke dalam mata adalah dari pemilihan kanta yang tidak bagus dan cara perawatan kanta lekap yang tidak sempurna...


Antara risiko pemakaian kanta lekap adalah..


IRITASI
Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan  mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

PENGURANGAN OKSIGEN
Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.
 

MATA MERAH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi. Tanda awal ialah  mata menjadi merah.
Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.
 

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

 
SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.


ALAHAN
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
  

 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
  

KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.


INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
   

JANGKITAN
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

 
 MICROBIAL KERATITIS
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
   

 VASKULARISASI KORNEA
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
 
GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.
Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.
Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
 Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda….:)

sumber kesihatan    
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my