Social Icons

22 Julai 2011

Bentuk Wajah Yang Sempurna





Okeh hari ni saya nak kongsikan sedikit artikel hasil dari pembacaan saya mengenai ciri- ciri wajah yang sempurna bagi seorang wanita...hmm...Apakah dia yang perlu ada untuk mendapatkan wajah yang sempurna...Untuk mendapatkan wajah mcm ni ade yg sgp buang berjuta2  RM semata2 keobsessannya untuk mndapatkan bentuk muka yg sempurna taw...... joommm kita teruskan dgn entry d bawah ni keyh..




Artikel yang saya baca berpendapat bahawa ciri2 seseorang yang memiliki wajah yang sempurna adalah:





Hidung kecil

Dagu runcing 

Bibir tebal  

Muka simetri 

Kening tinggi 

 Kulit bersih 

Tiada kedut


Bermula dengan bahagian bawah muka, terdapat dua perubahan ketara kepada wanita apabila usia mereka meningkat. Perubahan yang pertama sekali ialah 

 dagu semakin tebal dan bersegi menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih maskulin.

Ini akan menyebabkan wajah wanita akan kehilangan sifat kewanitaannya. Kedua,

semakin meningkat usia, bibir akan kehilangan tisu atau isi.

Perubahan Ini akan menyebabkan bibir kelihatan lebih nipis dan rata. Bibir yang nipis dan rata adalah ciri ciri bibir lelaki...
 
Hidung wanita yang muda adalah kecil dan agak leper di hujung nya. Tetapi, semakin berusia wanita itu , saiz hidung dan telinga juga bertambah. Mempunyai hidung dan telinga yang besar adalah agak kurang menarik. Seseorang wanita yang di lahir kan dengan mempunyai hidung lebih kecil akan kelihatan awet muda walaupun usia semakin meningkat.

Akhir sekali , 
mempunyai mata yang besar dan jelas beserta kening yang tinggi dan melengkung , menyerlahkan lagi wajah seseorang wanita. 

mata berhenti membesar apabila seseorang wanita mencapai usia 16 tahun. Selepas itu saiz mata agak sama sehinggalah usia tua. Oleh itu apabila usia meningkat , walaupun saiz telinga dan hidung semakin besar, saiz mata tetap sama selepas mereka mencapai akil baligh. Lain lain perubahan apabila meningkat usia adalah 

 kelopak mata menjadi semakin jatuh dan kening semakin leper. Perubahan Ini akan menyebabkan mata kelihatan semakin kecil. Oleh itu mempunyai mata yang besar semasa kecil adalah satu kelebihan untuk awet muda.
Lain lain faktor yang boleh menampakkan kita lebih tua adalah apabila  mempunyai kulit yang berpigmentasi dan banyak kedut.

Ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi. Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi

Akhir sekali , semakin usia meningkat , proses penuaan menyebabkan pipi ‘jatuh’ akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U. 

Dah dapat sedikit info mengenai hal d atas kan..sila bt rujukan balik dgn utusan.com.my 
 sebab saya dapat info dr ni...:) Sekian sahaje..kalo ade ilmu baik kene kongsikan kaaan..betul tak....semoga info d atas dpt memberikan anda sedikit manfaat..o pesanan saya...trima ajelah siapa diri anda dan bagaimana wajah anda dilahirkan...semua manusia tak sempurna...tapi tak salah untuk memperbaiki sebahagian wajah anda dgn cara mencegah..asal tidak bertentangan dgn syariat agama kita ye....renung2kan dan selamat beramal..:P


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my