Social Icons

29 Julai 2011

Cantik dgn Bulu Mata Palsu A.K.A Fake lashes




Haiiii.....kali ni saya akan bawakan anda tips kecantikan dlm aspek pemakaian bulu mata palsu...( i need dis sebab bulu mata saya yg memang sgt la menyerlah kependekkannya:(..Okeh....sebenarnya pemakaian bulu mata palsu dah lama dah kaum pempuan pakai sebenarnya..saya kongsi tips ni cuma untuk bg sikittt ilmu je la cemana nak pakai sebab tak suma org taw pakai fake lashes nih...:)


Fake lashes nih sgt penting kalo korang nak serlahkan lagi KECANTIKAN mata korang n menampakkan lagi KEGALAKKAN mata korang tuh..especially bg bulu mata yg kurang sikit...Tapi bg yg punya sedia ada bulu mata yang panjang lagila melentik it is better la..:) kelebihan korang so bersyukur ye..sebelum kita ke step yang seterusnya...make sure korang ada bulu mata palsu sepasang pun jadik la..untuk yang newbie( berjinak2) dlm pemakaian fake lashes ni...


1. sebelum pakai fake lashes ni..make sure korang dah gariskan eye liner pada garisan atas mata tuh..ini untuk memudahkan anda meng "apply" kan fake lashes tuh nt..

2. then korang lentikkan dulu bulu mata original korang tuh gune pelentik bulu mata..tahan selama 3 minit then buka...

3.Then pada fake lashes tu..korang sapu gam bulu mata yg kaler hitam tu..kat garis bulu mata palsu tu..lebih baik guna gam yang kaler hitam tu sebab tak nampak comot n ketara pakai bulu mata tu nt..tapi jangan pakai gam uhu(joke:)

4..Lekatkan bulu mata palsu tadi di garisan eye liner yang korang dah lukis kat mata sebelum nih..begitu juga dgn bahagian mata yang sebelah k...

5. Then paling last..korang sapu mascara untuk satukan bulu mata palsu n asli supaya ianya nampak original...SIAP!..




Senangkan nak pakai fake lashes ni sebenarnya....Selamat mencuba....:)


27 Julai 2011




 

saya amb dr GOOGLE:)
KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM
  • Anti kilauan / tidak berminyak.
  • 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
  • Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
  • Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
  • Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
  • Long lasting & tahan sehingga 12 jam
  • Tidak menutup pori-pori
  • Sering diguna pakai oleh makeup artis professional



  Antara kod yang saya boleh share ngan korang:) 
 

  • 140 : for chinese skin - pink undertone
  • 141 : for chinese & fair malay skin - yellow undertone
  • 150 : for dark malay & indian
  • 151 : for medium skin - yellow undertone, easy to match with chinese & malay skin
  • 152 : for malay skin - yellow undertone
  • 153 [dark brown] : for shading
  • 161 [yellow] : corrector for reddish skin
  • 171 [green] : corrector for reddish skin
  • 130: kulit putih (normally Chinese skin)
  • 140: kulit cerah (normally Chinese skin)
  • 141: natural beige
  • 150: sawo matang
  • 151: kulit sederhana
  • 152: kulit gelap (normally Indian skin)
  • 153: shading (mancungkan hidung)
  • 171: conceler+ base
  • 181: eye base
  • Famous code is 141, 140 & 151.
  • 140 is for lighter skin colour. (warna kulit yang cerah)
  • 141 is for natural skin colour. (warna kulit yang natural)
  • 151 is for tanned pinkish skin colour. (warna kulit yang sederhana kemerahan)


25 Julai 2011

cantik dgn CHARCOAL MASK...



hye sume..lama tak buat entry baru ( 1 hari je la tak buat posting ) huhu..hari ni saya rasa tebuka hati nak buat 1 posting pasal charcoal mask yang jadi sebutan org skrg yang mana produk ni 70% berkesan untuk kulit kita supaya kelihatan cantik, putih n bersih...so sya pun review2 la komen org pasal produk nih...kebanyakannya positive komen so saya pun decided nak bg cerite korang apa khasiat produk ni yang membantu dalam kecantikan dan kesihatan kulit kita oke..




CHARCOAL mask ada lah sejenis produk yang dihasilkan dari arang..( ye la dah nama charcoal)... tapi arang tu tak la 100 % arang jew,,,mesti kene proses ngan bende lain kan..so bila sebut je charcoal ni..semua pun menuding jari ke atas 1 musuh wajah kita paling ketat iaitu JERAWAT..jerawat pula datangnya dari kulit yang  mempunyai lebihan minyak dan mempunyai kandungan PH yang tak seimbang..Jadi charcoal mask ni berfungsi sebagai perisai untuk wajah kita untuk menghapuskan minyak tersebut dgn cara men detoxifikasikan kulit kita dari luar ke dalam taw..Bila kulit dah di detox kan..maka si jerawat pun susah la nak kluar...Barang ni sgt sesuai untuk kulit samaada lelaki atau pun perempuan and bagi kulit2 yang betul2 bermasalah sgt digalakkan try la mende nih,..yang penting bende ni memang diklasifikasikan produk halal sebab 1005 bende nih diperbuat dari bahan organik...dan dijamin HALAL...okeh..


Cara Menggunakan Charcoal Mask.
  • Cuci muka dgn sebersih bersihnya..
  • .sebelum guna mask ni..gunakan tuala suam atau topeng ke tekap kat muka 5 minit untuk buka laing pori2 muka anda..
  • sapukan mask dimuka kecuali dibahagian mata, mulut,  dalam masa 20 minit mask ini akan mula mengering,
  • apabila  korang  rasa muka korang  seperti tegang, tarik mask yang kering  tadi bermula dari bawah tau !! ingat..
  • untuk kesan terbaik, selepas menggunakan mask nie, pakai  toner dan diikuti pelembap TETAPI BAGI YANG MUKA JERAWAT.. TAK PYH GUNA PELEMBAB..SBB IA AKAN MBUAT KAN MUKA KORANG..LAGI BERMINYAK.. DAN BERJERAWAT
Sekian selamat mencuba...:)


23 Julai 2011

Coklat? kebaikan atau keburukan?

Selamat petang semuanya...hmm entry kali ni mengisarkan tentang COKLAT....siapa yang tak suka dgn coklat..kebanyakan org suka makan coklat kan (including me) la...saya adalah 1 org diantara seribu peminat coklat smpi sanggup belajar cara2 bt coklat taw..sebabnya coklat ni sangaaaaat la sedap...:) n saya dpt release tension dgn memakan coklat...Berkaitan dgn entry d atas anda suma mungkin tertanya2 apakah khasiat coklat tuh..bukankah coklat membawa keburukan ex gigi jadi rosak,badan jadi gemuk dan sebagainya...okeh kita teruskan dgn entry kat bawah ye...

Coklat ni sebenarnya banyak faedah kesihatannya...antaranya ialah;



1. coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
 
2. Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanser.

 
3. Mencegah penuaan diri yang terjadi kerana pencemaran ataupun radiasi.

 
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.

 
5. Menurunkan tekanan darah.

 
6. Penelitian terbaru menunjukkan bahwa coklat mungkin juga memiliki manfaat untuk mengubati penyakit stroke.

 
Setelah kita mengetahui khasiat coklat, ternyata coklat sangat bermanfaat bagi kesihatan. Pertanyaannya sekarang adalah apa yang terkandung dalam coklat sehingga membuat coklat bermanfaat bagi kesihatan? . Ada baiknya pula kita mengetahui komposisi yang terkandung dalam coklat. Antara hasil bacaan yang saya ketahui mengenai isi kandungan coklat adalah;

 
1. Asam Stearat (35%) dan Asam Palmitat (25%).
2. Asam Oleat (35%) dan Asam Linoleat (3%).
3. Gula (Sukrosa).
4. Theobromine.
5. Polyphenol.
6. Phenyletylamine
7. Katekin.



 
Kajian yang telah dilakukan oleh  mahasiswa University Harvard yang terdaftar antara tahun 1916-1950. Dengan menggunakan food frequency questionnaire,kajian mereka menunjukkan bahwa mereka yang suka makan coklat umurnya lebih lama satu tahun dibandingkan bukan pemakan. Hasil kajian menunjukkan antioksidan yang terdapat dlm coklat dant fenol yang terkandung dalam coklat adalah penyebab mengapa mereka  berusia lebih panjang. Coklat mengandungi polyphenol dalam jumlah yang cukup tinggi dan boleh berfungsi sebagai antioksidan, ini juga  dapat menurunkan risiko penyakit jantung dengan cara mencegah oksidasi dan pengendapan senyawa lemak dalam darah pada pembuluh darah serta merosak lipoprotein Low Density Lipid (lemak jahat). Fenol ini juga banyak ditemukan pada anggur merah yang sudah sangat dikenal sebagai minuman yang baik untuk kesihatan jantung. Coklat mempunyai kemampuan untuk membuang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, sehingga dapat mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanser.Lemak pada coklat, sering disebut cocoa butter, sebagian besar tersusun dari lemak tepu (60%) khususnya serat. Tetapi lemak coklat adalah lemak sebati yang sama sekali tidak mengandung kolesterol. Kandungan serat yang tinggi pada coklat menjadi penyebab mengapa lemak coklat tidak sejahat lemak haiwan.  Sepertiga lemak yang terdapat dalam coklat adalah asam oleat iaitu asam lemak tidak tepu. Asam oleat ini juga selalunya ditemukan pada minyak zaitun...Oleh itu disini terbukti sudah bahawa coklat ini sebenarnya membawa seribu kebaikan kepada kesihatan kita....Jadi tunggu apa lagi..makanlaaah coklat banyak ( saranan tak betul) huhu...maksud saya jangan hindarkan nafsu anda dari makan coklat..okeh...:)


22 Julai 2011

Bentuk Wajah Yang Sempurna





Okeh hari ni saya nak kongsikan sedikit artikel hasil dari pembacaan saya mengenai ciri- ciri wajah yang sempurna bagi seorang wanita...hmm...Apakah dia yang perlu ada untuk mendapatkan wajah yang sempurna...Untuk mendapatkan wajah mcm ni ade yg sgp buang berjuta2  RM semata2 keobsessannya untuk mndapatkan bentuk muka yg sempurna taw...... joommm kita teruskan dgn entry d bawah ni keyh..




Artikel yang saya baca berpendapat bahawa ciri2 seseorang yang memiliki wajah yang sempurna adalah:





Hidung kecil

Dagu runcing 

Bibir tebal  

Muka simetri 

Kening tinggi 

 Kulit bersih 

Tiada kedut


Bermula dengan bahagian bawah muka, terdapat dua perubahan ketara kepada wanita apabila usia mereka meningkat. Perubahan yang pertama sekali ialah 

 dagu semakin tebal dan bersegi menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih maskulin.

Ini akan menyebabkan wajah wanita akan kehilangan sifat kewanitaannya. Kedua,

semakin meningkat usia, bibir akan kehilangan tisu atau isi.

Perubahan Ini akan menyebabkan bibir kelihatan lebih nipis dan rata. Bibir yang nipis dan rata adalah ciri ciri bibir lelaki...
 
Hidung wanita yang muda adalah kecil dan agak leper di hujung nya. Tetapi, semakin berusia wanita itu , saiz hidung dan telinga juga bertambah. Mempunyai hidung dan telinga yang besar adalah agak kurang menarik. Seseorang wanita yang di lahir kan dengan mempunyai hidung lebih kecil akan kelihatan awet muda walaupun usia semakin meningkat.

Akhir sekali , 
mempunyai mata yang besar dan jelas beserta kening yang tinggi dan melengkung , menyerlahkan lagi wajah seseorang wanita. 

mata berhenti membesar apabila seseorang wanita mencapai usia 16 tahun. Selepas itu saiz mata agak sama sehinggalah usia tua. Oleh itu apabila usia meningkat , walaupun saiz telinga dan hidung semakin besar, saiz mata tetap sama selepas mereka mencapai akil baligh. Lain lain perubahan apabila meningkat usia adalah 

 kelopak mata menjadi semakin jatuh dan kening semakin leper. Perubahan Ini akan menyebabkan mata kelihatan semakin kecil. Oleh itu mempunyai mata yang besar semasa kecil adalah satu kelebihan untuk awet muda.
Lain lain faktor yang boleh menampakkan kita lebih tua adalah apabila  mempunyai kulit yang berpigmentasi dan banyak kedut.

Ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi. Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi

Akhir sekali , semakin usia meningkat , proses penuaan menyebabkan pipi ‘jatuh’ akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U. 

Dah dapat sedikit info mengenai hal d atas kan..sila bt rujukan balik dgn utusan.com.my 
 sebab saya dapat info dr ni...:) Sekian sahaje..kalo ade ilmu baik kene kongsikan kaaan..betul tak....semoga info d atas dpt memberikan anda sedikit manfaat..o pesanan saya...trima ajelah siapa diri anda dan bagaimana wajah anda dilahirkan...semua manusia tak sempurna...tapi tak salah untuk memperbaiki sebahagian wajah anda dgn cara mencegah..asal tidak bertentangan dgn syariat agama kita ye....renung2kan dan selamat beramal..:P


ResePi Kek Batik Coklat Paling Mudah N simple





Hari ni aq sgt la bosaaan dan sedang dalam keadaan memilukan hati sendiri sebab....hubby pegi kursus LSF dekat Ipoh n tinggallaaah kami 3 beranak dengan perasaan bosan yang amat melampau...Oleh kerana tadi saya teramat la berduka sehingga dapat pula merajinkan kaki ni...( mode sedih la amat)..pegi dapur buat kek batik coklat...Resepi ni saya rujuk balik dengan myresepi.com....then saya ubah2 skit tapi menjadi juga...









Bahan: 

200gm MILO
4 sudu besar serbuk KOKO
setengah buku BUTTERCUP
1 biji  TELUR
1 cawan AIR
Setengah tin SUSU PEKAT
ROTI MERIE secukupnya..





Cara cara membuat;


Cara 2 buat sangat la simple n  mimple nyer...First kene cairkan butter dulu...
Then masukkan susu pekat tadi n kacau smpi sebati...Lepastu masukkan la milo n koko tadi..then
Then korang masukkan la air...kacau smpi milo td sebati xde biji2 dah..Then masukkan la 1 biji telur...kira 15 saat cm tu dah nampak pekat dah.....biar bancuhan tadi tu sejuk sikit..
Korang masukkanlah roti meria yang sedia d patahkan (patah 4) keyh....then korang gaul rata..
korang lapiskan loyang dgn plastik atau kertas minyak spya kek nt tak rosak bila nak buka dr loyang..
Lenyetkan bancuhan kek td p masuk loyang n padatkan guna tangan( make sure korang balut aaa tangan gune plastik kot2 ade jangkitan bakteria..huhuhu)..Then sejukkan dlm peti ais kira2 smpi korang bole tahan nafsu aaa smpi bila bole tahan nak mkn kek tu ( guraaauu jeww)...maksud saya smpi sejuk la kek tu yea...
Then siap untuk dijamah dan dikorbankan ke dalam perut andaaa..:)


gambar d atas saya curik dr google sebab kek saya masih belum sejuk...sat nt saya uploadkan kek dari hasil tgn saya eeh:)


Lipstik Dan Keperibadian Anda..

hai hai hai....Selamat pagi semuanya..oh saya baru tersedar untuk meng update blog ini secepat mungkin kerana kemengantukan mata saya ini sgt mengganggu...Kali ni tanpa membuang masa saya yang banyak terbuang tadi dgn melangkahkan kaki untuk berwindow shopping ( sgt melalut).. neexttt!!..jum kita kenali keperibadian kita dgn warna lipstik okeh..


Sesape yang masih tak tahu apa tu lipstik apa kata anda pergi ke meja make up ibu atau kakak anda n cari 1 benda yang panjang lebih kurang ibu jari anda, di buka dan berwarna ( tak kira warna apa)..korang goles kat bibir haaaa itula lipstik ok....





 WARNA OREN

Si pemakai lipstik berwarna ini sudah memilik keyakinan diri yang amat tinggi. 
Anda memiliki sifat dan tingkahlaku yang lain daripada yang lain dan saling bertentangan.Anda sangat suka mencuba benda yang baharu dan pantang di cabar..



WARNA PINK

Warna yang paling dekat sama dgn warna bibir. Si pemakai lipstik warna ini membuktikan bahawa dia adalah seorang yang jujur, tulus dan sgt menyenangkan banyak orang. Si pemakai warna ini juga selalu memiliki hati yang mudah lembut ( sweeett gitu)..



WARNA PURPLE KECOKLATAN

Si pemakai warna ini sgt bermisteri dan menggairahkan tapi tetap dapat didekati dan sangat manis orgnya.




WARNA UNGU TUA

Anda mungkin dianggap menakutkan. Tetapi penggemar lipstik warna ungu tua menandakan suka memerintah, dan hanya menyukai cara-caranya sendiri.




WARNA MERAH TUA

Anda seksi, bersemangat dan menawan. Ramai lelaki menyukai anda dan bibir anda yang  gairah. Anda bukan termasuk perempuan yang disukai perempuanAnda sangat dicemburui oleh perempuan yang lainnya..Dan yang penting..anda seorang  yang baik.




WARNA PINK TUA

 Anda seorang yang periang dan suka menyemarakkan dan menghidupkan suasana pesta. Sangat yakin pada  diri, sophisticated dan sangat bersifat keperempuanan. Anda tahu apa yang baik untuk Anda dan bagaimana cara mendapatkannya...






Sekian sahaja entry kita untuk malam ni..mata saya sudah sgt tidak terkawal lagi...Selamat Beradu semuanya,,,


21 Julai 2011

REVIEW produk kesihatan WALITGOLD...



Selamat tgh pagi sumenye memandangkan skrg dah jam 2 pagi,,,Dan mataku ketika ini masih lagi tidak merasa kemengantukan tetapi ianya sudah kemerah2 han,..( apakaaa bahasa ini)..okeh sambung crta kita ye...sambil menikmati secawan kopi dan roti skrg ni saya tgh menyusun ayat untuk berkongsi dgn anda review produk WALITGOLD ( 100 % sarang burung walit digunakan dlm produk ni) untuk kesihatan..Produk ni semakin mendapat tempat di kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan mereka..

Produk walitgod terbahagi kepada 4 bahagian..yang mana saya baca la..

WALITGOLD COENZYME Q10
WALITGOLD PLUS
WALITGOLD READY TO DRINK
WALITGOLD DOUBLE NEST..




 WALITGOLD COENZYME Q 10 
Produk nih mengandungi Coenzyme Q10, iaitu bahan terbaik untuk kesihatan jantung. Glikoprotein yang terkandung sangat baik untuk awet muda dan dan sangat baik untuk penyakit yang disebabkan oleh paru-paru seperti demam, batuk, selesema, lelah athma serta paru-paru berair.

Botol ini mengandungi 8% sarang burung walit dan isi kandungannya adalah 280ml iaitu cukup untuk kegunaan 1 bulan. 




WALITGOLD PLUS.

Walit Gold Plus mengandungi 8% sarang burung walit dan vitamin C daripada anggur. Walit Gold Plus ni khusus untuk mereka yang ingin mencuba dan sangat sesuai untuk kanak- kanak.
Ianya bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit, peningkatan IQ dan daya ingatan, kesihatan mata dan menguatkan sistem imunisasi tubuh...


 
       WALITGOLD RD2 (READY 2 DRINK)
R2D atau Ready 2 Drink merupakan air sarang burung yang mengandungi hanya 4% sarang burung di dalamnya. Minuman ini mengandungi serbuk mutiara. Serbuk mutiara digunakan berabad-abad untuk kecantikan kulit, kelihatan muda seperti remaja, licin dan melawan kekedutan pada kulit.




    WALITGOLD DOUBLE NEST
      Merupakan minuman terbaik untuk seisi keluarga khas untuk kesihatan, kecantikan, kecerdikan dan penyakit.
Minuman ini mengandungi 24% sarang burung walit dan campuran bahan premium lain seperti serbuk mutiara, sirip yu dan marine collagen








ANTARA KHASIAT KHASIAT YANG TERDAPA DALAM PRODUK INI IALAH


  • Menyembuhkan batuk, kahak, sakit tekak, selesema dan demam dalam masa yang singkat.
  • Agen terbaik dalam memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru bagi penghidap asthma/lelah.
  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan daya metabolisme, menguatkan tulang dan sistem saraf.
  • Memperbaiki sistem buah pinggang.
  • Awet muda/agen anti-penuaan terbaik.
  • Telah di uji dan terbukti secara klinikal dalam mengurangkan tahap gula dalam darah/mengurangkan masalah diabetes dan darah tinggi.
  •  Sistem perkumuhan yang lebih baik.
  • Menjadikan kulit lebih cantik, lembut, gebu dan berseri.
  •  Merangsang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel serta tisu-tisu otot dan kulit.
  •  Menyihatkan rambut, kuku dan mata.
  • Menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan.
  • Wanita hamil: Mengurangkan sakit-sakit pinggang dan sendi.
  • Menghilangkan alahan.
  • Mempermudahkan proses kelahiran dan proses penyembuhan.
  • Menguatkan paru-paru bayi dalam kandungan.
  • Membantu bayi dalam kandungan menjadi lebih kuat, kulit cantik berseri, daya tahan penyakit yang tinggi serta perkembangan otak yang baik.
  • Memulihkan tenaga batin. 
  • Mengurangkan kesan racun yang terdapat dalam tubuh perokok.
  •  Sangat berkesan untuk mencegah dan merawat kanser.
  • Walit Gold sesuai digunakan oleh semua golongan lelaki dan wanita, dari umur 1 hari hingga akhir hayat termasuk bayi, kanak-kanak remaja, dewasa, warga emas dan wanita mengandung.
  •  Amat sesuai dan mujarab untuk pesakit diabetes, masalah jantung dan darah tinggi.




Okeh mata saya mulai ingin tertutup..sekian selamat subuh...saya tido nt a few hours kita jumpa lagii..:)



20 Julai 2011

Kanta Mata @ Lense..BERGAYA ATAU MENCARI BAHAYA??






Entry kali ni aq share based dgn pengalaman aq la erk...tgh aq jeles nak pakai lense mata nih..aq teringat pulak masa aq tgh pakai lense...x smpai sebulan pon lense tu(korea lense)aq dah tak ingt ape brand tapi tutup botol tuh kaler pink....aq mmg sangat la amt jaga lense aq dgn baik..then tak taw apa dah jadik ngan lense aqtuh... tb2 aq pakai je mata aq kene irritation( mata gatal,merah2 n berair) ..aq takut la sgt jadi buta...huh..then aq bukak trus..akibatnya...bengkakla  mata aq selama sebulan...:(( padan muka aq)..lepas ni aq takut dah nak beli yang tak ori punya kanta lekap..huh!pikir 100 kali nak begaya dgn kanta lekap dah...



Sebenarnya murah dan mahal bergantung kepada pilihan pengguna tetapi pada akta yang sebetulnya kanta sentuh ini hanya boleh di priskripsi atas nasihat Doktor dan Optometris. Pernahkah pengguna yang di luar sana melakukan pemeriksaan kesihatan mata samada, mata anda sesuai pakai kanta sentuh yang macamana. Ini kerana ada sesetengah orang yang tidak sesuai dan tidak di galakkan memakai kanta sentuh, terutamanya mereka yang memakai kanta sentuh melebihi had masa dan melebihi tempoh penggunaan kanta sentuh, contohnya kanta sentuh biasa di nasihatkat pemakaiannya 8 jam sahaja tetapi ia memakai selama 12 jam ataupun kanta sentuh tersebut untuk sebulan sahaja tetapi ia memakai selama 3 bulan. 

 

Lense atau dikenali dgn kanta lekap atau byk la panggilan lain ( contact lense ke hape nta betul ke ejaan aq nih) ..adalah suatu benda yang dilekapkan pada lapisan epitelium kornea mata...Kalo dahulu org yg cipta kanta mata ni sebenarnya untuk kemudahan seseorang yang menghadapi kepayahan dlm aktiviti harian dlm pemakain spek mata @ kaca mata @ glasses kan..example takkan sorg ahli sukan tu nak kene pki kaca mata masa besukan..kan kan..so terciptanya la kanta lekap ni untuk kemudahan dorg2 nih..tak la untuk ahli sukan jew..:)





Oleh kerana zaman dah makin moden jadi tercipta la pula kanta lekap pelbagai warna sebagai alat untuk berfesyen2...untuk nampak cantik, dan sebagainya....Lagi2 ada pula tercipta skali ngan degree.(untuk rabun jauh n dekat)..haaah! apa lagi yg rabun pown boleh bergaya la juga....kan ada degree....



Sekarang dah banyak mcm brand lense..ada dr korea la,n brand yang saya slalu gunakan tu jenama blincon( ups betul ke ni)..n yg paling aq suka pakai tu mmg la dari korea punya..hyperblack..sebab bentuk lense ni diameter 16mm..jadi boleh buat mata aq nih nampak la besar..:) ala barbie la konon..(perasan kejap)..

ni aq pakai korean lense tu..cantik la amat kan....mata okeeh..kira besaq la..    




Sebenarnya pemakaian kanta lekap ni memangla buat kita nampak bergaya..tapi kita terdedah dgn banyak risiko jika tidak betul cara pemakaian nya oke..Antaranya adalah gangguan iritasi mata (kegatalan) 
disebabkan jangkitan pada mata..Malah ada yang mengalami kebutaan disebabkan infeksi tersebut..( Optometris Menara Optometry centre)..Menurut beliau..si pemakai haruslah mendisiplinkan dirinagar aspek kebersihan mata, tangan dan udara di sekeliling benar2 terjaga..Kata belaiu juga..sebahagian besar punca bakteria masuk ke dalam mata adalah dari pemilihan kanta yang tidak bagus dan cara perawatan kanta lekap yang tidak sempurna...


Antara risiko pemakaian kanta lekap adalah..


IRITASI
Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan  mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

PENGURANGAN OKSIGEN
Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.
 

MATA MERAH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi. Tanda awal ialah  mata menjadi merah.
Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.
 

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

 
SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)
Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.


ALAHAN
Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat  antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.
  

 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.
Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.
Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.
  

KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.
Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.
Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.


INFILTRATES
Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.
Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.
Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.
   

JANGKITAN
Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

 
 MICROBIAL KERATITIS
Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.
Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.
Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.
   

 VASKULARISASI KORNEA
Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.
Gejala: Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.
 
GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)
GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.
Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.
Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.
Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.
Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.
 Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda….:)

sumber kesihatan    
 





FESyen HooDie JumpSuit HeRe!..< REVIEW >



Haloowww..selamat petang sumanya..hari ni sibuk sgt sampai lambat nak update blog...oke tanpa buang masa masa saya tgh online fesbuk...cek punya cek kat ruangan iklan yang mana banyaklaaa online shoppers sibuk mengiklankan brg2 jualan dorg( saya sibuk membaca iklan dorg) then saya tertariiik sgt dgn 1 advertising ni..

Fesyen Hoodie yg dahulunya cuma blouse,tunic n maxi kini dah upgrade pegi jumpsuit pulak! ooooww ini sgt membuat saya geram ( pasai saya tak bole nak try....)...review yang saya dapt upload dari sorg reseller dkt fesbuk ni...
kalo korang minat sgt nak beli bole trus ke link ni..http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150378488408502.438522.820913501




Cik Puan ni jual dgn harga yang sgt murah and berpatutan..kain dier tak panas..material mestila kain rayon yang sejuk n yg penting FREE SIZE!..(sori cik empunya fesbuk ni saya tolong promote plaa...n saya download gambo ni dr fb dier..)..

So fashionista trendy muslimah out there cepat la grab ok...cantik sgt jumpsuit ni..ala ala korea versi arab okeh:)
Warna atau ape2 hal nt korg bole kontek sndiri dgn reseller ni..direct ask die ok...Kaler stakat ni yg saya jumpa pla available dalam hitam,purple kat atas nih n cream..p nt mcm yg saya katakan tanyalah pada tuannya yer..okkkkeeh....

Skian untuk rapuan saya pada petang ni sat saya kembali dgn next entry post...da:)








19 Julai 2011

Resepi Jus DRAGONFRUIT






haii....saya kembali dgn RESEPI JUS BUAH NAGA seperti yang saya janjikan td...Okeh jus buah naga ni sgt sedap dan berkhasiat ok...sesuai diminum oleh semua peringkat umur hehehe...suggestion saya minum masa tgh cuaca panas...fuhhh     mantaap! hihih...




RESEPI JUS BUAH NAGA( PURE N FRESH)




BAHAN:

1 biji buah naga
Ais batu
Madu lebah..(dalam botol tu...)
Air masak.. 


Cara2;

kupas buah naga dan potong secara dadu...amb setengah bahagian je pun cukup...masukkan potongan buah naga ke dalam blender,sedikit madu,air masak dan ais batu..blend smpi rata n siap untuk dihidang...senang amat kaaan!..Tapi saya ada sdikit resepi unik yang nak saya kongsikan...Ni float buah naga pula...




RESEPI FLOAT BUAH NAGA



Bahan2; 

potongan buah naga
Ais krim vanila( ikut suka korang nak guna aiskrim apa je la)
ais batu
Gula..
air masak



CARA2;  

senang je n simple macam buat jus asli td..masukkan potongan buah naga,sedikit air,gula secukupnya n blend smpi rata..then masukkan ais batu n blend lagi..(kalo korang nak bt macam ace blended tambahkan ais je)...then lepastu hidang kat gelas....n kat atas jus yg dah siap tu letak 1 scoop ice cream....dah jadik dahhh:) FLOAT BUAH NAGA...cube la..sangat sedap...ni resepi yg kitorag slalu bt d rumah:).....sorila takde gambo...nt saya upload kan ye...


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my